Tips penyusuan susu ibu secara eksklusif

Tips penyusuan susu ibu secara eksklusif

Impian semua ibu mesti nak bagi yang terbaik untuk anaknya. Pemberian susu ibu secara eksklusif adalah salah satu impian kebanyakan para. Tapi bukan senang perjalanan untuk merealisinya terutama bagi ibu muda yang belum cukup pengalaman.

Jom ketahui perkara asas perlu tahu untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif

1. Dapatkan ilmu yang mencukupi

Tetapan minda yang kuat untuk memberi susu ibu sangat penting untuk membina keazaman bagi kekal memberi susu ibu secara ekslusif. Baca pelbagai info susu ibu di internet/buju/majalah & turut serta dalam forum atau group penyusuan susu ibu bagus untuk meningkatkan pengetahuan & semangat. Ibu-ibu perlu fahami kelebihan susu ibu berbanding susu formula bagi kekal fokus untuk bagi susu ibu

susu ibu bagus untuk bayi
Kelebihan susu ibu pada bayi meningkatkan semangat ibu untuk kekal memberi susu ibu secara eksklusif

2. Kenali bentuk puting ibu

Ibu perlu cuba untuk tahu bentuk puting samaada jenis puting tenggelam, leper atau timbul. Jika tenggelam atau leper, agak sukar untuk bayi menghisap dan menyukarkan lekapan bayi bapa puting. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu apabila lekapan tidak sempurna.

bentuk puting ibu
Bentuk susu ibu boleh menggangu lekapan bayi ketika menyusu

3. Dapatkan sokongan suami dan keluarga

Ini penting supaya suami & keluarga boleh memberi dorongan dan semangat serta turut membantu melakukann kerja-kerja rumah. Ibu dapat lagi fokus untuk meluangkan masa menyusukan bayi dengan tenang.

4. Tahu cara pecah susu

Ibu patut belajar kaedah dan cara yang betul memerah susu. Untuk ibu yang berkerjaya memerlukan peralatan lengkap untuk dibawa ke pejabat. Pam susu, Coolerbag/boxice pack, bottle storage merupakan keperluan penting untuk memerah susu. Pam yang bagus juga menyumbang kepada penghasilan susu yang banyak.

5. Mencari Hospital Rakan Bayi

Pilih untuk bersalin di hospital rakan bayi. Mereka menitikberatkan penyusuan susu ibu selepas kelahiran. Sekiranya ibu melahirkan bukan di Hospital Rakan Bayi, pesan kepada jururawat supaya bayi tidak diberikan susu formula sejurus selepas bersalin dan seterusnya.

6. Pilih Pam Susu yang Sesuai

Pam susu adalah penting bagi ibu bekerjaya. Pilih pam yang membantu ibu memudahkan proses pengepaman. Kriteria pam susu yang bagus ialah ringan, senang dibawa & tidak menyakitkan ketika pam.

7. Jangan beli susu formula

Jangan sesekali beli susu formula sebagai persediaan kerana takut tidak cukup susu. Apabila anda dalam situasi gelabah anda pasti
menggunakannya. Ini menyebabkan minda tidak selari untuk menghasilkan susu kerana anda sentiasa fikirkan susu formula boleh menjadi ganti susu ibu,

8. Simpan Perahan Susu dengan Betul

Penting untuk tahu bagaimana untuk menyimpan susu yang diperah kerana cara simpanan susu yang tidak betul boleh menjadikan susu ibu itu beracun. Suhu penyimpanan dan tempoh penyimpanan amat penting untuk menjamin kualiti susu

9. Percaya Susu Ibu Mencukupi

Set minda bahawa susu ibu cukup untuk keperluan bayi. Lupakan dan endahkan fikiran negatif yang susu tidak mencukupi. Jika bayi masih menangis setelah diberikan susu, cuba fahami tangisannya. Mungkin juga bayi sakit atau tidak selesa tetapi kita selalu beranggapan bayi tidak kenyang disebabkan susu ibu tidak cukup. Ini faktor yang menyebabkan kita mula memperkenalkan susu formula pada bayi.

10. Tahu Cara Menggunakan Stok Perahan Susu

Stok perahan memerlukan cara yang betul untuk memanaskannya bagi mengelakkan susu rosak dan nutriennya kekal. Untuk memanaskan susu beku yang telah dicairkan atau susu sejuk yang diletakkan di datam peti sejuk, pastikan air panas yang digunakan hanya bersuhu 40deg sahaja bagi memastikan sel-sel hidup susu ibu tidak mati.

11. Mencari Penjaga Bayi yang Memahami

Pastikan penjaga bayi anda tahu bagaimana
mengendalikan stok perahan susu dengan baik. Dan sentiasa menyokong untuk memberikan susu ibu kepada bayi.

12. Tahu Jangka Hayat Susu

Ketahul dan fahami jangka hayat susu samada yang selepas diperah, disejukkan atau dibekukan. Jangka hayat susu berbeza bergantung pada kaedah penyimpanannya.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge