Teknik Mengangkat Bayi Baru Lahir

Teknik Mengangkat Bayi Baru Lahir

Menerima kehadiran si kecil mesti perkara yang paling menggembirakan bagi ibu dan ayah kan. Apatah lagi kalau si dia permata hati pertama si ayah dan ibu kan.

Tapi perkara yang paling merisaukan semesti “mampu ke kami jaga? langsung tak ada pengalaman ni, nanti tersilap macam mana?”

Mempelajari dan memahami teknik untuk mengangkat bayi baru lahir sangat penting kerana tulang bayi masih lembut dan rapuh.

Kepada bakal ibu-ayah, mari kita sama-sama tengok dan belajar macam mana cara mengangkat bayi baru lahir.

1. Beri perhatian kepada kepala bayi

Sentiasa beri perhatian kepada kepala bayi baru lahir anda, terutamanya kepada ubun-ubun (bahagian lembut di atas kepalanya). Oleh kerana kebanyakan bayi baru lahir tidak mempunyai otot leher yang kuat, anda perlu menyokong kepala dan lehernya setiap masa.

Pastikan tapak tangan diantara belakang kepala bayi dan leher bagi menyokong leher bayi yang lembut

2. Selitkan tangan dibawah tubuh bayi ketika mengangkatnya

Angkat bayi dengan menyelitkan tangan dibawah tubuhnya. Sebelah tangan anda perlu menyokong kepala/leher manakala sebelah lagi menyokong punggungnya.

Satu tangan perlu diletakkan dikepala manakala satu lagi pada punggung bayi bagi menyokong berat bayi

3. Angkat dengan cermat dan bawakan ke dada

Sebaik sahaja anda yakin bahawa sudah memegangnya dengan kukuh, angkat bayi dengan cermat dan bawakan ke arah dada anda.

Halakan bayi ke arah dada sekiranya anda yakin sudah memegangnya dengan kukuh

4. Alihkan tangan yang menyokong punggung ke arah leher

Pastikan kepalanya diletak pada dada anda, kemudian alihkan tangan anda yang menyokong punggung bayi ke arah leher seperti gambar dibawah

Gerakkan tangan di bahagian punggung bayi ke lehernya dengan perlahan-lahan

5. Silangkan tangan dibawah tangan yang dibawa ke leher

Betulkan kedudukannya perlahan-lahan sehingga kepalanya terletak di lekok lengan anda, sambil memastikan anda terus menyokong lehernya. Tangan yang sebelah lagi silangkan dibawah tangan yang memegang leher itu.

Silangkan tangan sambil tangan sebelah masih lagi memegang leher bayi

6. Keluarkan tangan bila bayi berada di kedudukan selesa

Keluarkan tangan yang berada di leher apabila bayi berada di kedudukan selesa. Posisi ini membolehkan anda mengekalkan hubungan mata dengan mudah sambil bercakap atau menyanyi dengan nya.

Apabila bayi berada pada kedudukan selesa, tangan pada leher boleh dikeluarkan

Semoga anda boleh mempraktikkannya pada bayi baru lahir anda.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge