ANAK BAKAL LAHIR TAPI MUMMY BELUM SEDIAKAN MEDICAL KIT BAYI LAGI!! Inilah yang sering terjadi, bayi bakal lahir tak lama lagi tapi mummy belum sempat lagi sediakan apa-apa medical kit yang penting untuk bayinya!

Kebiasaannya kita sebagai ibu keliru apa yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir? Dan apa masalah yang bakal dihadapi mereka?

Kenali beberapa masalah yang sering dihadapi oleh bayi baru lahir. Ini penting bagi persiapan ibu untuk menyediakan kit yang bersesuaian dengan anak.

1. Bayi mudah batuk, kahak dan selsema

Bayi yang baru lahir, mudah untuk mendapat kahak pada saluran pernafasan mereka dan juga batuk. Biasanya paru-paru bayi masih sensitif terutama pada habuk dan suhu.

Saluran pernafasan yang diselaputi oleh silia akan menghasilkan mukus (atau dikenali sebagai lendir kahak) untuk memerangkap habuk atau bendasing masuk ke paru-paru. Kahak yang berlebihan akan mengganggu saluran pernafasan, maka bayi menghasilkan batuk sebagai refleksi terhadap gangguan itu.

Memandangkan bayi mempunyai saluran pernafasan yang kecil, kahak akan menganggu saluran pernafasan bayi. Penghasilan mukus/kahak akan berganda sekira bayi dijangkiti virus atau bakteria.

Maka cukup penting untuk ibu, bersedia dengan kit yang mampu mencairkan kahak bayi seperti CF-Rub. Dan sekiranya kahak masih teruk, sentiasa bersedia untuk menghantar anak ke hospital untuk diberi antibiotik bagi menghentikan penghasilan mukus.

Medical Kit untuk Bayi
Bayi baru lahir mudah untuk batuk berkahak kerana paru-parunya masih sensitif dan mudah menghasilkan mukus tambahan lagi antibodi masih lemah

2. Masalah kembung, perut berangin dan sembelit

Sistem percernaan dan juga otot pada bahagian perut bayi belum cukup matang malahan otot dan saraf pada bahagian ini masih melalui peringkat pengembangan. Disebabkan itu, bayi mudah kembung dan berangin atau juga mengalami kolik.

Sekiranya susu yang diminum masih belum serasi dengan perut bayi juga boleh menyebabkan bayi sembelit atau susah untuk melawaskan najis. Bayi yang kurang membuang pada minggu pertama dan kedua usianya berkemungkinan besar, bakal mengalami kuning yang berpanjangan.

Kuning adalah disebabkan masalah bilirubin toksin yang dirembeskan oleh hati. Bayi yang kurang membuang, akan menyimpan bilirubin yang berlebihan dalam badan kerana bayi hanya mampu mengeluarkannya melalui proses pembuangan.

Ibu kena mengambil langkah bijak, untuk mencari kit yang bersesuaian untuk mengeluarkan angin dan juga melegakan otot perut bayi bagi memudahkan proses pembuangan. Disarankan mendapatkan T-Rub dari Tasneem Naturel

Medical Kit untuk Bayi
Bayi baru lahir mudah terdedah dengan kembung perut dan juga kolik

3. Kerap meragam kerana kurang rasa selamat

Bayi baru lahir kebiasaannya susah untuk menerima persekitaran baru. 9 bulan berada dalam kandungan ibu sangat berbeza dengan persekitaran luar.

Menangis adalah satu-satu cara meluahkan rasa ketidakselesaan mereka. Ibu kena mempelajari cara untuk memastikan bayi selesa dan memberi perasaan tenang kepada bayi.

Hormon serotonin diperlukan oleh bayi bagi memberikan mereka ketenangan. Hormon ini boleh diberi melalui pemakanan pada susu ibu. Malahan boleh juga mencari kit yang bersesuaian yang boleh menghasilkan hormon tenang/serotonin. Contoh seperti CalmTime Tasneem Naturel

Medical Kit untuk Bayi Meragam
Bayi kerap meragam kerana perasaan kurang selamat pada persekitaran baru. Tingkatkan hormon serotonin boeh membantu

4. Bayi sukar untuk menyelaraskan waktu tidur

Perbezaan persekitaran luar dan perut ibu menjadikan bayi baru lahir susah untuk tidur dengan waktu yang seragam. Kebiasaannya ia berkaitan dengan hormon serotonin dan juga hormon melatonin.

Serotonin adalah hormon tenang manakala melatonin adalah hormon tidur.

Ada bayi yang memiliki hormon tidur yang tinggi, tapi kekurangan hormon tenang menyebabkan mereka tidak mampu tidur. Ini mengakibatkan bayi sentiasa menangis apabila tiba waktu tidurnya.

Dan ada juga bayi yang langsung kurang hormon tidur, terutama apabila meningkat bulan. Dimana jarak penglihatan mereka makin luas.

Untuk memberi hormon tenang dan tidur ini kepada bayi, ibu yang menyusukan bayi boleh mengambil makanan yang tinggi khasiat serotonin dan melatonin ini. Sekiranya bayi hanya minum susu formula, ibu boleh meningkatkan hormon ini melalui kit sapuan. Terdapat kit seperti SleepTime yang berasaskan tumbuhan yang mengandungi tinggi hormon serotonin dan melatonin ini.

Hormon melatonin pada bayi
Kekurangan hormon melatonin pada bayi, mempengaruhi tidur bayi

Semoga perkongsian ini berguna untuk ibu-ibu memilih kit bayi yang terbaik untuk bayi baru lahirnya.

Kongsi sekiranya, anda rasa info ini berguna.