7 Jenis Batuk Berbahaya Untuk Bayi

7 Jenis Batuk Berbahaya Untuk Bayi

1. Bayi batuk bernada tinggi

Sekiranya anak ada batuk yang bernada tinggi dan ikuti seperti sesak nafas, ia dikenali batuk croup. Batuk ini terhasil dari infeksi virus yang menyebabkan mengecilnya saluran pernafasan, khususnya pada bahagian bawah pita suara atau disebut larynx.

Penyakit croup biasanya akan berpengaruh pada anak berusia 6 bulan sampai 3 tahun, dimana biasanya tersebar melalui pernafasan ataupun berasal dari percikan yang mengandungi virus di udara atau berhubung langsung dengan penderita.

Anak yang menghidapi batuk croup disaran banyak minum air atau minum susu ibu bagi membantu melegakan batuknya.

Jenis batuk bayi
Batuk croup biasanya batuk yang kedengaran nyaring seperti bunyi anjing menyalak

2. Bayi batuk dengan kahak

Jika bayi batuk berbunyi seperti ada banyak kahak, ia mungkin disebabkan oleh selselma. Punca utama selesema dan batuk adalah disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung, tekak dan laring.

Seperti batuk croup, berikan anak anda minum banyak air untuk membantu mengurangkan batuk. Disamping memandikan mereka dengan air hangat untuk memberikan rasa lebih tenang dan cepat cairkan kahak.

Anda juga boleh mempercepatkan process pencairan kahak dengan menyapu balm yang mempunyai pati tumbuhan (essential oil) eucalyptus dan tea tree seperti balm Cf-Rub.

Jenis batuk bayi
Kahak dan hingus lagi mudah keluar jika menggunakan essential oil balm yang mengandungi eucalypltus dan tea tree seperti CfRub

3. Bayi batuk kering waktu malam

Jika anak anda batuk pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk atau apabila melakukan aktiviti fizikal, maka ia mungkin tanda-tanda asma.
Dimana saluran pernafasan menjadi radang dan mengecil dan ia menghasilkan lendir berlebihan.

Asma adalah reaksi alahan pada salur pernafasan terhadap alergen seperti debunga, udara sejuk, mahupun tekanan.

Apabila asma menyerang, salur pernafasan akan menjadi sempit sehingga menyebabkan bayi atau kanak-kanak sukar bernafas.

Tetapi asma pada bayi susah untuk dikenalpasti dan ibu bapa boleh terlepas pandang jika mereka tidak tahu rupa atau tanda-tanda yang perlu dicari.

Jenis batuk bayi
Saluran yang sempit disebabkan oleh asma menyebabkan bayi susah untuk bernafas.

4. Bayi batuk hingga hampir serak suara

Jika anak anda mengalami batuk hingga serak suara, sakit otot, selesema, serta demam yang tinggi, ia mungkin boleh jadi tanda-tanda selesema influenza. Influenza atau selesema, adalah penyakit virus yang memberi kesan pada sistem pernafasan.

Perbezaan antara selselma dan influenza seperti berikut.

Selesema biasa lazimnya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang lazimnya tidak berbahaya dan berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Influenza juga mempunyai simptom yang sama dan menjejaskan saluran pernafasan atas, tetapi ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk. Dan virus yang menyebabkan influenza berbeza daripada virus yang menyebabkan selesema, influenza juga berlaku mengikut musim.

Jenis batuk bayi
Batuk influenza menjejaskan saluran pernafasan atas, dan ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk

5. Bayi batuk berdehit

Jika bayi batuk kedengaran parau, gurgling atau seperti bunyi bersiul dan dia perlu manarik nafas dengan cepat, itu tanda-tanda jangkitan brokiolitis!

Bronkiolitis adalah keradangan bronkiol yang merupakan saluran pernafasan yang paling kecil dalam paru-paru. Ia biasanya berlaku pada bayi semasa musim sejuk

Jangkitan bronkiolitis adalah jangkitan pada sistem pernafasan yang biasanya (lebih 80 peratus kes) terjadi kepada bayi berusia antara dua hingga 12 bulan.

Jenis batuk bayi
JANGKITAN bronkiolitis adalah jangkitan pada sistem pernafasan yang biasanya (lebih 80 peratus kes) terjadi kepada bayi berusia antara dua hingga 12 bulan.

6. Bayi batuk terkokol-kokol

Jika bayi anda mengalami sawan batuk atau batuk lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan bunyi batuk “kokol”, maka ia mungkin jenis batuk terkokol-kokol.

Batuk terkokol adalah disebabkan oleh sejenis bakteria pertusia yang menyerang lapisan udara dan membengkak lalu menghalang saluran pernafasan.

Jenis batuk bayi
Batuk terkokol ialah batuk lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan bunyi batuk “kokol”

7. Bayi batuk berbunyi kasar, basah, dan berkahak

Jika anak anda mengalami selesema selama seminggu dan batuknya berbunyi basah dan berkahak, maka ia boleh menjadi tanda pnuemonia.

Pneumonia adalah suatu keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan paru-paru anak anda untuk berisi penuh dengan cecair.

Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh di sebabkan kulat atau parasit. Ia juga boleh terjadi akibat dari tindakbalas kimia atau fizikal.

Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, sakit dada, demam dan susah bernafas. Pneumonia boleh didiagnos melalui kaedah x-ray dan pemeriksaan kahak. Rawatan bergantung kepada penyebab pneumonia. Kebiasaannya pneumonia disebabkan oleh bakteria dirawat dengan antibiotik. 

Jenis batuk bayi
Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi.

Cara-cara ibu perlukan laku sekiranya anak batuk

  1. Banyakkan bagi anak minum air atau susu bagi melegakan saluran bernafasan dan membantu peredaran darah
  2. Mandikan anak dengan air hangat atau air lemon bagi mencairkan kahak
  3. Banyakkan makan sup ayam dan sup yang mangandungi bawang putih dan merah kerana kandungan anti-inflasmasi yang tinggi
  4. Sapukan balm CF-RUB yang mengandungi bahan bersifat antibiotik dan anti-inflamasi bagi membantu mencairkan kahak, melegakan sistem pernafasan serta meningkatkan antibodi
  5. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya batuk lebih dari 3 hari
  6. Monitor penafasan anak, sekira terdapat lekuk di tulang rusuk, segera ke kecemasan
  7. Dapat imunisasi pneumokokus untuk meningkat imuniti bayi terhadap jangkitan pernafasan

Semoga jenis-jenis batuk bayi dan cara perlu dilakukan sekiranya anak batuk boleh membantu ibu dan bapa dalam menangani masalah anak.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge