5 Masalah Anak Yang Merisaukan Ibu

5 Masalah Anak Yang Merisaukan Ibu

Menjadi seorang ibu merupakan detik yang paling menggembirakan seorang ibu apatah lagi kalau anak pertama. Keseronokan atau keterujaannya lebih dari lain. Tapi setiap ibu tidak lari dari risau memikirkan masalah yang sering dialami oleh anak mereka terutama pada waktu mereka kecil.

Jom fahami apa masalah yang sering dialami ibu berkenaan anaknya

1. Masalah kesihatan anak

 

Anak kerap selselma? kerap batuk berkahak? dan sering demam? Ini masalah yang selalu terjadi pada anak terutama yang baru lahir. Bayi baru lahir memiliki antibodi yang lemah dimana proses pembentukan antibodi dari badan sendiri hanya bermula pada 3 bulan pertama kelahiran ketika antibodi yang diterima dari badan ibu makin berkurang.

Tidak semua jenis batuk bayi adalah sama, sesetengah batuk boleh disebabkan selselma biasa tapi ada juga batuk lain yang menandakan masalah kesihatan yang lebih serius. Penyakit serius boleh dielak jika anda sebagai ibu lebih peka dengan kesihatan anak-anak.

Tasneem Naturel
7 Jenis Batuk Yang Berbahaya

#1 Batuk bernada tinggi

Batuk seperti bernada tinggi dan diikuti seperti sesak nafas dikenali batuk croup. Batuk ini yang terhasil dari infeksi virus yang menyebabkan mengecilnya saluran pernafasan, khususnya pada bahagian bawah pita suara atau disebut larynx. Penyakit croup biasanya akan berpengaruh pada anak berusia 6 bulan sampai 3 tahun, dimana biasanya tersebar melalui pernafasan ataupun berasal dari percikan yang mengandungi virus di udara atau berhubung langsung dengan penderita. Anak yang menghidapi batuk croup disaran banyak minum air atau minum susu ibu bagi membantu melegakan batuknyadi

#2 Bayi batuk dengan kahak

Jika bayi batuk berbunyi seperti ada banyak kahak, ia mungkin disebabkan oleh selselma. Seperti batuk croup, berikan anak anda minum banyak air untuk membantu mengurangkan batuk. Disamping memandikan mereka dengan air hangat untuk memberikan rasa lebih tenang dan cepat cairkan kahak

#3 Bayi batuk kering waktu malam

Jika anak anda batuk pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk atau apabila melakukan aktiviti fizikal, maka ia mungkin tanda-tanda asma.
Dimana saluran pernafasan menjadi radang dan mengecil dan ia menghasilkan lendir berlebihan.

#4 Bayi batuk hingga hampir serak suara

Jika anak anda mengalami batuk hingga serak suara, sakit otot, selesema, serta demam yang tinggi, ia mungkin boleh jadi tanda-tanda selesema influenza. Influenza atau selesema, adalah penyakit virus yang memberi kesan pada sistem pernafasan.

#5 Bayi batuk berdehit

Jika bayi batuk kedengaran parau, gurgling atau seperti bunyi bersiul dan dia perlu manarik nafas dengan cepat, itu tanda-tanda jangkitan brokiolitis! Bronkiolitis adalah keradangan bronkiol yang merupakan saluran pernafasan yang paling kecil dalam paru-paru. Ia biasanya berlaku pada bayi semasa musim sejuk

#6 Bayi batuk terkokol-kokol

Jika anak anda mengalami sawan batuk atau batuk lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan bunyi batuk “kokol”, maka ia mungkin batuk terkokol-kokol. Batuk terkokol adalah disebabkan oleh sejenis bakteria pertusia yang menyerang lapisan udara dan membengkak lalu menghalang saluran pernafasan.

#7 Bayi batuk berbunyi kasar, basah, dan berkahak

Jika anak anda mengalami selesema selama seminggu dan batuknya berbunyi basah dan berkahak, maka ia boleh menjadi tanda pnuemonia. Pneumonia adalah suatu keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan paru-paru anak anda untuk berisi penuh dengan cecair

Cara-cara ibu perlukan laku sekiranya anak batuk

1. Banyakkan bagi anak minum air atau susu bagi melegakan saluran bernafasan dan membantu peredaran darah
2. Mandikan anak dengan air hangat atau air lemon bagi mencairkan kahak
3. Banyakkan makan sup ayam dan sup yang mangandungi bawang putih dan merah kerana kandungan anti-inflasmasi yang tinggi
4. Sapukan balm CF-RUB yang mengandungi bahan bersifat antibiotik dan anti-inflamasi bagi membantu mencairkan kahak, melegakan sistem pernafasan serta meningkatkan antibodi
5. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya batuk lebih dari 3 hari
6. Monitor penafasan anak, sekira terdapat lekuk di tulang rusuk, segera ke kecemasan
7. Dapat imunisasi pneumokokus untuk meningkat imuniti bayi terhadap jangkitan pernafasan

Tasneem Naturel


2. Masalah berkaitan perut dan percernaan

 

Bayi dan kanak-kanak agak sinomin dengan masalah perut dan percernaan. Bagi bayi baru lahir pendedahan masalah perut yang biasa adalah kembung dan kolik. Apabila diperkenalkan dengan susu formula, bayi biasanya akan sembelit atau susah membuang hingga ibu mengenalpasti susu yang sesuai. Meningkat usia 6 bulan, bila bermula pengenalan kepada solid food sekali lagi bayi senang terdedah dengan sembelit atau cirit.

5 masalah perut yang kerap anak alami

#1. Refluks

Refluks pada bayi adalah salah satu masalah pencernaan yang paling biasa yang dilihat oleh ibu bapa baru. Kebanyakan bayi, proses penghadaman adalah perlahan. Sphincter esophagus masih mengalami mengalami proses perngembangan bagi bayi. Sehingga perut bayi belajar menerima, susu yang diminum oleh bayi baru lahir anda boleh keluar kembali dari perut dengan kaedah ludahan.

#2. Muntah

Muntah adalah proses tidak selesa bagi kebanyakan orang dewasa. Bagi bayi, ia boleh memudaratkan. Penyebab muntah yang paling biasa pada bayi adalah jangkitan – sama ada virus atau bakteria.

#3. Cirit-birit

Rotavirus adalah penyebab terbesar pada kebanyakan kes cirit-birit. Kebanyakan kes cirit-birit disebabkan oleh rotavirus berlaku semasa musim sejuk dan biasanya diikuti masalah pernafasan

#4. Sembelit

Sembelit adalah masalah biasa di kalangan bayi. Tetapi ia boleh menjadi tidak selesa untuk anak kecil anda. Kebanyakan kes-kes sembelit semakin teruk apabila bayi memulakan makanan pepejal.

#5. Masalah Lain

Masalah penghadaman lain yang mungkin dihadapi oleh bayi anda ialah:

Penerimaan makanan: Ramai bayi mengalami penolakan makanan. Dalam banyak kes, masalah ini berkurangan selepas hari permulaan. Tetapi jika bayi anda terus mengalami episod muntah dan cirit-birit selepas setiap suapan, berbincang dengan doktor anda. Banyak kali, penolakan berlaku disebabkan oleh beberapa jangkitan darah, kelahiran preterm, kecacatan kongenital perut atau usus, kelahiran kurang berat badan, atau memberi makan lewat.

Kolik: Anda akan mendengar perkataan kolik terlalu banyak semasa hari awal bayi anda. Setiap kali bayi anda berteriak dan menangis, anda akan mengesyaki ia masalah kolik. Kolik atau gas boleh menjadi tidak selesa. Tetapi ia sangat biasa. Kebanyakan kanak-kanak menghidap kolik pada masa mereka berumur tiga bulan.

Cara menangani masalah perut anak.

1. Banyakkan memberi anak air
2. Memberi anak dalam posisi kecil
3. Elakkan makanan berat, pedas dan mengandungi kafein atau karbonat.
4. Lakukan urutan perut dan tapak kaki
5. Sapukan T-Rub balm yang mengandungi essential oil yang bagus untuk perut, membuang angin dan melegakan otot perut

Tasneem Naturel


3. Masalah tidur

 

Bayi dan kanak-kanak tidak lari dari masalah tidur. Masalah tidur anak berubah mengikut usia. Biasanya masalah tidur anak ada kaitan dengan dua hormon iaitu melatonin (hormon tidur) dan hormon seratonin (hormon tenang)

Beberapa masalah tidur yang kerap dihadapi anak.

#1. Kurang hormon tidur

Ada sesetengah bayi, agak susah untuk tidur. Matanya sentiasa segar dan sentiasa aktif. Terutama bila meningkat bulan dimana mereka seronok untuk meneroka dunia sekeliling. Sekiranya anak anda sentiasa segar dan aktif sepanjang masa, ini menunjukkan yang anak anda kekurangan hormon tidur

Cara menambahkan hormon tidur

1. Pengambilan makanan yang mengandungi banyak hormon melatonin seperti pisang, kacang almond, roti gandum, susu dan banyak lagi.
2. Selain makanan, essential oil dari minyak tumbuhan yang tinggi kandungan melatonin juga boleh membantu ibu. Contohnya Sleeptime balm mengandungi 8 essential oil yang tinggi kandungan melatonin dan daya fokus.

#2. Kurang hormon tenang

Kebiasaannya kita selalu diceritakan anak tengah dalam peralihan bulan disebabkan itu susah untuk tidur atau anak perlu sentiasa dibendung untuk mudah tidur. Ini semua kerana kekurangan hormon tenang atau perasaan tenang anak itu, yang menyebabkan anak susah untuk tidur.

Bayi yang baru lahir dan dalam proses meningkat bulan, mula terdedah dengan persekitaran baru menyebabkan mereka rasa tak tenang dan selamat. Sebab itu mereka akan meragam dan tidak selesa untuk tidur.

Sekiranya anak sentiasa meragam, mata sudah merah tapi masih menangis dan meragam. Mereka suka dipeluk, berdukung atau berayun. Ini menandakan anak anda kurang perasaan tenang atau hormon serotonin dalam badan.

Cara menambahkan hormon tenang

1. Sediakan persekitaran yang selesa bagi anak anda.
2. Banyakkan pemberian makanan yang mengandungi hormon telur, susu, udang, kacang dan bijirin. Sekiranya anak masih belum sesuai untuk mengambil solid food, sumber serotonin boleh juga datang dari susu ibu. Ibu digalakkan memakan makanan yang tinggi serotonin.
3. Selain makanan, essential oil juga boleh membantu. Kami galakkan anda menggunakan Calmtime dimana pengandungi 7 essential pil yang tinggi kandungan serotonin.

#3. Pernafasan tak selesa

Pernafasan tak selesa juga boleh menyebab anak untuk susah tidur terutama bagi bayi yang bawah usia 3 bulan. Bayi biasanya mempunyai paru-paru yang sensitif kepada habuk dan juga suhu. Penghasilan mukus yang dipanggil kahak akan menyempitkan saluran pernafasan dan menghalang anak dari tidur.

Sekiranya anak susah untuk tidur, nafas berbunyi sok sek, berjaga bila dibaringkan. Ini menandakan saluran pernafasan mereka sempit dan tak selesa untuk tidur.

Ibu boleh praktikkan cara untuk kurangkan batuk dan kahak seperti dinyatakan pada masalah pertama #1. Kami sarankan untuk untuk sapu Cf-Rub essential oil balm yang bagus untuk antibodi dan cairkan kahak.

Tasneem Naturel


4. Masalah meragam, mengamuk dan tantrum

 

Anak dan meragam tak boleh dipisahkan terutama bila anak makin membesar, kenal persekitaran dan mula ada keinginan sendiri. Anak- anak yang kerap meragam juga terdapat dari golongan anak sindrom autisme. Tapi tak semua anak yang meragam mengalami sindrom ini, ada juga datang dari faktor persekitaran dan juga perasaan self-esteem yang mula berkembang.

Ada kala ibu bapa perlu membiarkan anak mengekspetasikan perasaan mereka kerana ini salah satu proses pembesaran mereka. Tetapi sikap suka meragam atau tantrum sekira tidak dikawal boleh memberi kesan jangka panjang malahan bakal menyusahkan para ibu.

Tantrum atau mengamuk boleh juga dikaitkan dengan hormon tenang atau serotonin.

Beberapa cara untuk tangani masalah tantrum anak

1. Ibu bapa perlu dekati anak dengan cara didikan psikologi. Tegur bila perlu, berikan keinginan berpada-pada dan sentiasa terangkan cause-effect kepada anak-anak.
2. Banyakkan pemberian makanan yang mengandungi hormon telur, susu, udang, kacang dan bijirin. Sekiranya anak masih belum sesuai untuk mengambil solid food, sumber serotonin boleh juga datang dari susu ibu. Ibu digalakkan memakan makanan yang tinggi serotonin.
3. Selain makanan, essential oil juga boleh membantu. Kami galakkan anda menggunakan Calmtime dimana pengandungi 7 essential pil yang tinggi kandungan serotonin.

Tasneem Naturel


5. Masalah kulit

 

Satu lagi masalah yang sinonim dengan kanak-kanak iaitu masalah kulit. 3 jenis penyakit kulit yang popular dikalangan kanak-kanak adalah ruam, alergi dan ekzema.

#1. Ruam

Ruam adalah peradangan dan perubahan warna yang terjadi pada kulit. Timbulnya gatal-gatal, benjol, mengelupas, bersisik, atau iritasi adalah bentuk-bentuk reaksi pada kulit yang mengalami ruam. Banyak faktor boleh terjadinya ruam iaitu terdedah dengan panas atau peluh melampau, bahagian kulit yang lembab dan tidak mempunyai perudaraan yang bagus, terdedah dengan udara yang terlalu kering dan lain-lain.

#2. Alergi

Dalam istilah perubatan, alergi kulit disebut dermatitis kontak alergi. Alergi dapat dicetus dari beberapa penyebab. Munculnya alergi disebabkan oleh tentangan badan terhadap alergen, iaitu unsur asing yang secara keliru dianggap berbahaya oleh sistem kekebalan tubuh, sehingga jika berlebihan bisanya akan mengakibatkan reaksi alergi.

#3. Ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Cara untuk merawat atau mengurangkan masalah kulit anak

1. Berikan minum yang cukup untuk anak-anak bagi seimbangkan kelembapan kulit.
2. Pilih sabun yang sesuai dengan anak. Perhati kesan kulit setiap kali pemakaian sabun baru
3. Pakaikan pelembap, lotion atau balm kulit yang sesuai untuk bayi. Boleh cuba balm Skeenz Tasneem Naturel yang mengandungi minyak tumbuhan yang bagus untuk kesihatan kulit.
4. Kenakan pakaian lembut, selesa, memiliki peredaran bagus untuk kanak-kanak

Inilah 5 jenis masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak. Moga boleh membantu ibu-ibu mengenali masalah yang dialami anak mereka. Sekiranya keadaan masih teruk, pastikan terus bawa anak ke klinik atau hospital untuk dapatkan kepastian terperinci.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge